PERJANJIAN MOU MELIBATKAN PEMBANGUNAN TANAMAN GUARANA MELALUI KKSB BERNILAI RM60JUTA


Pada 28 Mac 2019, Ritz Guarana Plantation Berhad telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Koperasi Komuniti Selatan Berhad (KKSB) untuk menjadi pengedar tunggal biji benih tanaman Guarana di seluruh negeri Johor. MoU itu memberi hak ekslusif kepada KKSB untuk menjadi pengedar tunggal biji benih dan anak pokok Guarna di seluruh negeri Johor.

Perjanjian persefahaman antara Koperasi Komuniti Selatan Berhad yang diwakili Pengurus Besar En Andrew Ling (kiri) dan Ritz Guarana Plantation Holding Berhad yang diwakili Pengarah Eksekutif Datuk Seri Zakwan Hafiz Ahmad Ansari (kanan).

Antara kandungan MoU tersebut ialah Ritz membekal dan menjual baja yang sesuai untuk Guarana dan menyediakan khidmat nasihat menanam pokok tersebut. Ritz juga akan membeli semula buah itu selain KKSB dilarang menghasilkan biji benih sendiri tanpa kebenaran.

KKSB membeli sebanyak 12 tan biji benih Guarana daripada Ritz dengan kos bernilai RM60 juta sekali gus memberikan hak kepada koperasi untuk menjadi tapak serta pengedar benih semaian pokok Guarana.

Pengurus Besar KKSB, Andrew Ling yang memberitahu, sebagai koperasi yang bertanggungjawab menjana keuntungan kepada ahlinya, mereka memilih Guarana kerana melihatnya sebagai tanaman kontan alternatif menguntungkan. Beliau juga percaya, guarana bukan sahaja berpotensi meningkatkan ekonomi ahli-ahli koperasi malah turut membantu pertumbuhan ekonomi negara. Tambah kenyataan itu, pada masa sama, tindakan itu mampu membantu petani-petani untuk memperoleh pendapatan yang lebih berpotensi menjana keuntungan tinggi.

Kerajaan Brazil telah memberikan hak eksklusif kepada RITZ untuk membawa keluar biji benih dan anak benih tanaman Guarana untuk memperkembangkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk-produk yang bakal dihasilkan berasaskan tanaman itu. Guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok Guarana berdaun lebar dan bunga yang berjambaknya serta buahnya sebesar biji kopi.

Comments

Popular Posts